Wednesday, October 14, 2009

Dimana Perginya Kesetiaan.......

1.   Sejak kebelakangan ini banyak blog-blog yang ditulis oleh mereka-mereka yang merupakan bekas anggota ATM yang menerbitkan banyak artikel-artikel yang seolah-olah memburuk-burukan institutsi ATM itu sendiri. Mereka-mereka ini adalah orang-orang yang mengaku yang ingin mencari kebenaran dan cuba membenteras perkara-perkara yang tidak baik yang berlaku di dalam ATM. Malangnya tindakan mereka-mereka ini merupakan serampang dua mata, dimana ia secara tidak langsung telah mencemarkan nama baik ATM. Apa yang jelas tindakan ini telah membawa  kesan yang negatif terhadap institutsi ketenteraan. Justeru itu saya rasa kepada mereka-mereka ini harus memberhentikan segera penulisan yang negatif mereka terhadap ATM.

2.   Kita perlu sedar di dalam apa jua oraganisasi, syarikat awam atau jabatan kerajaan, mesti terdapat kisah-kisah yang tidak sedap didengar atau berlaku di dalam organisasi-organisasi tersebut. Ini adalah lumrah, kerana kita perlu ingat yang mengendali dan menghidupkan sesuatu oraganisasi itu adalah manusia. Manusia ini sebagaimana yang kita tahu mempunyai pelbagai kerenah dan tingkahlaku dan ia adalah tidak sama antara satu sama lain. Saya percaya setiap organisasi, institutsi , syarikat atau entiti itu mesti mempunyai cerita-cerita yang tidak baik, tetapi persoalannya perlukah kita menghebahkan perkara itu kepada masyarakt umum tanpa justifikasi yang baik. .

3.   Saya berpendapat, jika ada yang tidak betul atau tidak kena dengan sesuatu institutsi itu, dan jika kita ini nak jadi 'good samarithan' maka kita kenalaah cari jalan yang terbaik untuk memperbetulkan keadaan itu dan bukannya kita 'berkokok ditengah laman' sahaja. Sebelum kita berkokok tu, adakah kita sudah membuat kepastian tentang kebenaran akan segala keburukkan berita yang kita ingin sebarkan ? Adakah sumber berita itu benar ? atau adakah mereka-mereka yang menjadi sumber kita itu hanya terdiri dari mereka-mereka yang mempunyai kepentingan sendiri atau niat yang tidak baik terhadap seseorang individu atau institutsi itu ? Memang mudah dan sedap untuk kita menceritakan keburukan dan kepincangan orang lain....bagaimana pula perasaan kita kalau orang menceritakan keburukan dan kepincangan kita tanpa sebarang kebenaran dan di tokok tambah pula ?

3.   Saya percaya apa juga permasalahan yang berlaku di dalam ATM , pasti berlaku juga di dalam institutsi atau oraganisasi yang lain baik PDRM,KDRM, Jabatan Pelajaran dan sebagainya. Ini adalah lumrah, tiada organisasi yang tidak mempunyai masalah yang remeh temeh...tetapi perlukah perkara ini disebarkan kepada masyarakat umum ? Saya rasa tidak ! Ibarat apa yang juga perkara yang tidak baik yang berlaku di dalam rumahtangga kita, perlukah kita ceritakan kepada orang ramai , sahabat handai atau jiran tertangga kita? Adakah perbuatan tersebut akan memulihkan keadaan ataupun permasalahan di dalam rumah tangga kita ? Bukankah tindakan itu akan hanya memburukkan lagi presepsi orang terhadap rumah tangga kita. Tindakan itu akan hanya memburukkan lagi keadaan dan ia tidak akan memberi sebarang kebaikan kepada permasalahan yang sedia ada.


4.   Kepada sahabat-sahabat saya yang pernah berkhidmat  di dalam ATM, saya seru agar kita hentikanlah perbuatan yang boleh menjatuhkan nama baik institutsi yang kita bangga ini. Kesetiaan kita tidak sepatutnya terhenti apabila kita berhenti dari perkhidmatan, dan yang pentingnya kita mesti berusaha untuk menjaga nama baik dan kredibiliti ATM .....barulah kita akan bangga untuk menceritakan kepada anak cucu kita bahawa kita adalah bekas seorang tentera.

Wednesday, September 30, 2009

I AM BACK !


Sudah hampir 4 bulan saya tidak membuat apa-apa posting di dalam blog ini. Ada member yang tertanya-tanya kemana perginya saya selama ini. Apapun ada banyak sebab saya dah lama tak menulis dilaman ini....secara umumnya adalah disebabkan kesibukan waktu dan juga tugas sampingan yang semakin bertambah. Sempena dengan bulan baik ini saya dengan ikhlas ingin memohon maaf kepada semua pembaca blog ini, jika ada sebarang penulisan saya yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati atau tersinggung kepada semua pembaca selama ini.

Semasa melayari blog-blog yang menulis berkaitan perkembangan politik di Bagan Pinang, saya ada terbaca satu artikel yang di blog UNSPIN mengenai seorang yang mengakui sebagai bekas Pegawai ATM yang berpangkat KAPTEN yang sibuk berkempen untuk PKR/PAS di dalam kem tentera. Daripada komen-komen yang saya baca di dalam artikel itu, sahlah yang KAPTEN Anuar Izani ini adalah penyokong tegar PKR seangkatan dengan JAMIL KUCHING . Dia juga adalah merupakan penulis blog WIRA DAMAI yang pernah menulis artikel-artikel yang memburuk-burukkan ATM.

Ramai yang tidak mengetahui tentang Kapt Izani @ Annuar Izani@ Kapt An @ KLUANGMAN. Saya tidak berminat nak menceritakan hal-hal peribadi Izani atau nama sebenarnya Anwar Izani bin Suradi ini kepada pembaca kerana ia akan mengaibkan dirinya dan keluarganya. Cuma saya nak menyarankan agar pembaca semua jangan percaya kepada kata-kata beliau kerana dia seorang yang sedang menghadapi sakit psikatrik yang amat serius.


Dia hidup dengan menumpang belas ikhsan orang PKR dan pernah mengaku bekerja untuk seorang Ahli Parlimen PKR di Negeri Sembilan. Duitnya banyak dihabiskan untuk membelanja "adik-adik" yang berkhidmat untuk 'kepentingannya'. Dia bukanlah seorang bekas Pegawai tentera, (saya harap pihak tentera membuat laporan polis ke atas beliau kerana menggunakan Kapt (B) yang mana ia akan menjatuhkan nama ATM dan ia sebenarnya tidak layak menggunakan title itu.)

Sebagai seorang bekas anggota komando saya merasa malu dan segan dengan tindakan Izani ini. Dia tidak sepatutnya mengaitkan institutsi ketenteraan ke kancah politik. Saya tidak pasti adakah dia dibayar oleh pihak tertentu untuk tujuan itu. Yang pastinya,Izani telah mencemar nama baik bekas-bekas anggota ATM secara tidak langsung. Tidak semua bekas anggota ATM yang menentang kerjaan BN yang sedia ada, mereka yang menentang adalah mereka-mereka yang tidak berpuashati atau disebabkan mereka adalah golongan yang 'tertinggal' semasa di dalam perkhidmatan.


Kalaulah Izani ini penyokong kuat perjuangan PAS/PKR, maka saya rasa, ia akan memalukan parti itu sendiri. Apataknya.....pemimpin utama PKR sedang menghadapi perbicaraan kes liwatnya, PAS pula sebuah parti yang kununnya memperjuangkan Islam, tapi, orang-orang yang berkempennya untuknya adalah orang seperti IZANI yang mempunyai tabiat songsang dan rendah moralnya....atau memang parti PKR memang mempunyai ramai penyokong jenis ini .....?


Untuk Izani, hentikanlah pengunaan Kapt (B) itu, kerana ia hanya memalukan bekas-bekas anggota ATM yang telah berkhidmat dengan cemerlang. Terimalaa hakikat bahawa anda adalah Prebet AW yang telah diberhentikan perkhidmatan atas masalah displin yang mana untuk menggunakan Pbt (B) pada nama anda pun adalah tidak layak.....Terima laaa hakikat ini....